Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) adalah sebuah program anjuran Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama TM Malaysia Bhd dan MSD-DI Sdn Bhd. Objektif utama ia ditubuhkan adalah untuk merapatkan hubungan jurang digital antara penduduk luar bandar dan bandar. Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Seri Pengkalan adalah Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Fasa 5 ( CBL-Enhancement) , projek naik taraf dari Perpustakaan Jalur Lebar (PJL). Ia ditubuhkan di kawasan Pengkalan untuk memudahkan penduduk setempat (komuniti) mengakses dan menggunakan perkhidmatan internet yang disediakan. Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Seri Pengkalan mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Oktober 2014. Terdapat pelbagai perkhidmatan lain yang turut disediakan antaranya photostate , print , mengimbas , liminate , upah menaip , binding dan latihan ICT. Dibuka setiap hari dari jam 9.00 pg hingga 6.00 ptg dan tutup pada cuti umum. Ayuh datang beramai-ramai ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Seri Pengkalan dan daftar menjadi ahli Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).
|
YURAN KEAHLIAN RM 5.00 SEUMUR HIDUP. SETIAP PENDAFTARAN AHLI BARU PERCUMA 1 JAM/HARI SELAMA 90 HARI |
|
WAKTU BEROPERASI ISNIN-AHAD 9.00 PG – 6.00 PTG TUTUP PADA CUTI UMUM
WAKTU REHAT ISNIN-KHAMIS/SABTU-AHAD : 1.00 PTG – 2.00 PTG JUMAAT : 12.30 PTG – 2.30 PTG |