mcmc
Kemudahan Asas

Kemudahan Asas

Terdapat banayk kemudahan asas yang disediakan di Pengkalan. Kemudahan ini disediakan bagi memudahkan penduduk di kawasan Pengkalan.Selain sekolah turut terdapat kemudahan lain juga yang disediakan. Diantaranya ialah pondik menunggu bas , pondok telefon dan juga surau. Selain itu Perpustakaan Desa juga ada di Pengkalan. Ini bagi memudahkan pelajar sekolah melakukan rujukan selepas waktu sekolah. Dapat mencari bahan rujukan melalui buku rujukan yang disediakan. Selain itu dapat menanam minat membaca dikalangan pelajar.

Taman permainan dan padang juga antara kemudahan yang tersedia di setiap taman perumahan di kawasan Pengkalan. kemudahan disediakan untuk mereka menghabiskan waktu petang dengan membawa keluarga di taman permainan. Ibu bapa juga dapat menghabiskan masa dengan anak-anak pada waktu petang semasa cuti.

Salah satu kemudahan asas disediakan di kawasan Pengkalan yang sangat digemari oleh belia masa kini ialah gelanggang futsal. Kebanyakkan belia disini bermain futsal pada waktu petang dan malam bagi mengisi masa terluang mereka. Belia disini juga sering mengadakan perlawan antara taman sebagai aktiviti suka-suka dan riadah.

Terdapat juga kemudahan asas lain seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Penduduk di kawasan Pengkalan tidak perlu ke bandar untuk menyemak bayaran cukai atau melakukan bayaran cukai. Mahkamah Majistret Alor Gajah juga baru sahaja dibina di kawasan Pengkalan. Organisasi Agensi Anti-Dadah Kebangsaan juga terletak di dalam kawasan Pengkalan. Setiap kemudahan asas yang disediakan adalah untuk memudahkan penduduk di sekitar kawasan pengkalan dan kawasan berhampiran.

Perpustakaan Desa Sri Pengkalan

Taman Permainan/Kawasan Rekreasi Sekitar Kawasan Perumahan Pengkalan

Padang Futsal Sekitar Kawasan Perumahan Pengkalan

Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pusat Khidmat Hasil Alor Gajah) yang terletak di Pengkalan