mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – NURUL QHALISHA BINTI MOHD FADZLI

 Nama : Nurul Qhalisha binti Mohd Fadzli
 Umur : 14 Tahun
 Ahli : 30 April 2018

 

Latar Belakang

Anak sulung daripada 5 orang adik beradik.  Adik Qhalisha mula menjadi ahli Pusat Internet Malaysia Seri Pengkalan pada 30 April 2018.  Dari situ dia mula belajar menggunakan komputer kerana sebelum ini adik Qhalisha tidak mahir menggunakan komputer sebelum ini.

Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan PIM

Adik Qhalisha tidak tahu menggunakan aplikasi yang terdapat di komputer.  Terutam sekali untuk membuat carian menggunakan GOOGLE dan Microsoft Word.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PIM

Selepas menjadi ahli PIM Seri Pengkalan dan menghadiri kelas serta bengkel ICT yang disediakan, adik Qhalisha kini mempunyai kemahiran asas menggunakan perisian komputer seperti MIcrosoft Word dan PowerPoint.  Ini memudahkan adik Qhalisha untuk membuat tugasan yang diberikan pleh cikgu dan folio dengan mudah.