mcmc
Kisah Kejayaan

CELIT IT – NUR ANEESA BINTI MOHD ZAKI

Nama : Nur Aneesa binti Mohd Zaki 
Umur : 11 Tahun
Ahli : 5 September 2018

 

Latar Belakang

Anak bongsu daripada 2 adik beradik.  Adik Aneesa mula menjadi ahli Pusat Internet Malaysia Seri Pengkalan pada 5 September 2018.  Dari situ dia mula belajar menggunakan komputer kerana sebelum ini adik Aneesa tidak mahir menggunakan komputer sebelum ini.

Sebelum penggunaa ICT/Penglibatan PIM

Adik Aneesa tidak tahu menggunakan aplikasi yang terdapat di dalam komputer. Beliau hanya menggunakan internet untuk bermain permainan atas talian.  Beliau tidak mahir dalam penggunaan Komputer. Malahan Beliau sering meminta bantuan dari rakan-rakan untuk menyiapkan tugasan sekolah.

Selepas penggunaan ICT/Penglibatan PIM

Selepas menjadi ahli PIM Seri Pengkalan dan menghadiri kelas serta bengkel ICT yang disediakan, adik Aneesa kini mempunyai kemahiran asas menggunakan perisian komputer seperti Microsoft Word dan Powerpoint. Ini memudahkan adik Aneesa untuk membuat tugasan yang diberikan oleh cikgu dan folio dengan mudah.