mcmc
Keusahawanan

Keusahawanan

  1. Caravan Foodtruck and Cool Cup Concept

           Nama Usahawan : Suzana Bt Jasmin

           Umur                   : 34 Tahun

           Taraf Pendidikan: Diploma

  Suzana adalah salah seorang ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Seri Pengkalan. Beliau sering menggunakan perkhidmatan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) untuk mempromosikan perniagaan beliau. Mengambil peluang yang ada beliau membuat flyers , iklan melalui Facebook dan kemudahan internet mencari idea untuk pernigaan beliau. Kini perniagaan beliau semakin dikenali penduduk setempat dan derah Alor Gajah. Caravan Foodtruck menjual pelbagai jenis makanan dan minuman antaranya makanan western , buah potong , jagung , rojak buah , mee kari , tauhu bakar , air kotak/tin , air buah cordial dan ice blended. Cool Cup concept pula menawarkan pelbagai jenis coconut shake , jus buah yang diblend segar dan ABC Buah Campur. Perniagaan beliau kini mendapat sambutan yang hebat.

  1. Jus Halia

         Nama Usahawan : Feazah Rasak

         Umur                   : 36 tahun

         Taraf Pendidikan: Sekolah Menengah

     Faezah ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Seri Pengkalan yang aktif berniaga. Sebelum menjadi ahli PEDi beliau hanya menjual Jus Halia sekitar kawasan Pengkalan sahaja. Sejak mengikuti kelas keusahawanan yang diadakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) , Jus Halia dibeli bukan sahaja kawasan setempat tetapi di daerah Alor Gajah juga. Sering mempromosikan produk beliau dan rakan-rakan , beliau kini semakin aktif berniaga.

  1. Sate Ikan

         Nama Usahawan : Norazilawati Muhammad

         Umur                   : 30 Tahun

         Taraf Pendidikan: Diploma

   Azila seorang ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Seri Pengkalan yang sangat aktif. Sering menggunakan perkhidmatan print dan menggunakan computer untuk membuat iklan perniagaan beliau dan promosi di Facebook dan terkini Dashboard. Gigih menjual sate ikan kini beliau sering mendapat tempahan untuk majlis kenduri dan sebagainya.