mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN CELIK IT – MUHAMMAD BAZLI BIN DAUD

 Nama : Muhammad Bazli bin Daud 
 Umur : 23 Tahun
 Ahli PIK : 18 Mac 2019

 

Latar belakang

 

Anak Sulung daripada 6 adik beradik. Adik Bazli mula menjadi ahli Pusat Internet Komuniti Kampung Seri Pengkalan pada 18 Mac 2019. Dari situ dia mula belajar menggunakan komputer kerana sebelum ini adik Bazli tidak mahir menggunakan computer sebelum ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

 

Adik Bazli tidak tahu menggunakan aplikasi yang terdapat di dalam komputer. Terutama sekali untuk membuat carian menggunakan Google dan Microsoft Word.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas menjadi ahli PIK Kampung Seri Pengkalan dan menghadiri kelas serta bengkel ICT yang disediakan, adik Bazli kini mempunyai kemahiran asas menggunakan perisian komputer seperti Microsoft Word dan Powerpoint. Malah, sekarang kelas adik Bazli melalui online jadi adik Bazli selalu datang ke PIK untuk menghadiri kelas dan menyiapkan tugas yang diberikan oleh pensyarahnya.