mcmc
Makanan

Makanan

Setiap negeri mahupun akan terdapat makanan popular. Tidak ketinggalan juga negeri Melaka. Terkenal dengan pelbagai aneka makanan lazat dari pelbagai kaum di bumi bersejarah ini. Alor Gajah juga tidak turut terkecuali mempunyai makanan yang agak popular. Ramai yang berkunjung ke Alor Gajah akan mencari makanan ini antaranya ;

  1. Kueh Udang Alor Gajah

Juga dikenali sebagai cucur udang. Gerai yang terletak di tengah-tengah pecan Alor Gajah ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Telah lama beroperasi , Kueh Udang Alor Gajah ini terletak di medan selera Alor Gajah , berhadapan Pejabat Tanah Daerah Alor Gajah. Kueh Udang Alor Gajah adalah salah satu makanan kegemaran tempatan. Ramai juga pengunjung dari luar datang ke Alor Gajah ingin merasai sendiri keenakkan Kueh Udang ini. Beroperasi setiap hari dari jam 11 pagi sehingga 8 malam. Ayuh datang dan rasai sendiri keenakkan Kueh Udang Alor Gajah.

 

Alamat : Jln Dato Dol Said, 78000 Alor Gajah Melaka.

  1. Nasi Ayam Nadia

Tidak ketinggalan juga Nasi Ayam Nadia adalah diantara makanan yang terkenal di daerah Alor Gajah. Kedai Nasi Ayam ini terletak berhadapan AG Central (Perhentian Bas Alor Gajah). Telah lama beroperasi , kedai ini juga mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Menjadi tumpuan orang ramai terutama pada waktu makan tengahari. Kedai ini juga sering menerima tempehan orang ramai. Ayuh datang ke kedai Nasi Ayam Nadia dan rasai sendiri keenakkannya.

Alamat : Jln Datuk Md Zin , 78000 Alor Gajah Melaka