mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

Pelancongan & Tempat Bersejarah

PELANCONGAN

Pelbagai daya tarikan pelancongan yang terdapat di daerah Alor Gajah dan berhampiran dengan kawasan Pengkalan. Ia menarik minat orang ramai untuk beriadah dan bersiar-siar bersama keluarga di daerah ini. Antara daya tarikannya ialah kawasan rekreasi dan tempat bersejarah.

 

KAWASAN REKREASI

Dataran Alor Gajah atau dikenali sebagai Dataran Keris Alor Gajah ialah salah satu kawasan rekreasi di daerah ini dan berdekatan dengan kawasan Pengkalan. Banyak aktiviti kekeluargaan dilakukan disini antaranya carnival , aktiviti rekreasi dan juga majlis rasmi daerah. Selain itu pada waktu pagi dan malam turut diadakan senamrobik dan Zumba di Dataran Keris Alor Gajah ini. 

 

 

SEJARAH

 

1. Kubur British

Terletak di dalam kawasan sekolah , Sekolah Kebangsaan Alor Gajah. Pada bulan Mei 1829 , pihak Inggeris telah menyerang Naning buat kali kedua. Walaupun pihak Inggeris menang dalam peperangan tersebut , ramai diantara tenteranya terkorban semasa peperangan tersebut. Antaranya yang terkorban dalam peperangan tersebut ialah George Halford Walker berserta kuda dan anjingnya dan disemadikan di kawasan perkuburan ini.

 

 

2.Muzium Adat  Istiadat

Muzium ini terletak di Dataran Alor Gajah @ Dataran Keris Alor Gajah. Seni bina tradisional Rumah Melayu adalah identity utama muzium ini. Muzium ini merangkumi sejarah awal daerah Alor Gajah , gambar-gambar tokoh , adat istiadat perkahwinan dan penekanan kepada melayu serantau. Bahan pameran juga termasuk pelamin , alat perhiasan diri , porselin dan peralatan istiadat.

 

WAKTU OPERASI MUZIUM ADAT ISTIADAT

SETIAP HARI SELASA – AHAD

TUTUP SETIAP HARI ISNIN

9.00 PAGI – 5.30 PETANG

BAYARAN MASUK ;

DEWASA : RM 1.OO

PELAJAR RM 0.50