Kawasan Pengkalan tidak tertinggal dalam pendidikan. Beberapa buah sekolah didirikan di sekitar kawasan Pengkalan dan Jelatang. Terdapat sebuah sekolah menengah , sebuah kolej vokasional , sebuah sekolah rendah dan tiga buah tabika.Berikut adalah senarai sekoalh yang ada di Pengkalan.
1. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan.
Merupakan sekolah pertama di kawasan Alor Gajah. sebelum ini dikenali sebagai AGSES iaitu Alor Gajah Secondary English School. Setakat tahun 2014 SMKSP mempunyai 1393 orang pelajar , 96 orang guru dan 19 orang pekerja am.SMKSP juga mempunyai 40 buah kelas dari peralihan sehingga tingkatan 5.
2. Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin
Sebelum ini dikenali sebgai Sekolah Menengah Teknik. Pada tahun 2011 Kementerian Pendidikan telah menaiktaraf status Sekolah Menengah Teknik kepada Kolej Vokasional. Bangunan asal sekoalh ini adalah milik AGSES atau SMKSP.. Kolej Vokasional DSMZ juga adalah salah sebuah sekolah asrama harian di Daerah Alor Gajah,
3. Sekolah Kebangsaan Lesung Batu.
Sekolah ini mula dibuka pada tahun tahun 2010 dan mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2011. Sekolah ini dibina untuk kemudahan penduduk kawasan Pengkalan. Ini kerana kawasan Pengkalan tidak mempunyai sekolah rendah.
4. Tabika KEMAS Seri Pengkalan , Sri Sutera dan Tabika JAIM Jelatang